Kelas E-learning (Whatsapp Web)

14 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 13 Jun 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning. Kelas ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas ini adalah bertujuan untuk mendedahkan belia dengan konsep pembelajaran atas talian dengan memperkenalkan Whatsapp Web bagi memudahkan proses pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan. Selain itu, dalam kelas ini juga para peserta telah diajar cara memanfaatkan Whatsapp Group Video Call bagi tujuan perbincangan atau pembelajaran secara berkumpulan atas talian.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada E-Learning (Whatsapp Web)
2. Penerangan tentang penggunaan Whatsapp Web
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali